HIGH CARD

TVA · 2023-01-09 · Tamat

Fantasi · Aksi

HIGH CARD

4.8 (98)

Butiran

Sinopsis

Selepas mengetahui rumah anak yatimnya bakal ditutup sebab masalah kewangan, Finn yang mengembara pergi ke kasino untuk mencari wang. Namun, Finn tak bersedia untuk mimpi ngeri yang menunggu dia. Apabila tiba ke sana, Finn bertemu dengan kejar-mengejar kereta dan tembak-menembak yang disebabkan oleh kad “bertuah” seorang lelaki. Akhirnya Finn mengetahui kebenaran tembak-menembak itu. Ketenteraman dunia boleh dikawal oleh satu set 52 kad X-Playing dengan kuasa untuk kurniakan kuasa luar biasa yang tak sama dan kebolehan kepada orang yang memperoleh mereka. Dengan kad tersebut, orang boleh mencapai kuasa tersembunyi dalam “kawan” yang boleh ditemui di dalam mereka. Ada sekumpulan pemain rahsia yang dikenali sebagai High Card, yang menerima arahan terus daripada Raja Fourland untuk mengumpul kad yang bertaburan di seluruh kerajaan, sementara buat kerja sambilan sebagai pekerja pembuat kereta mewah Pinochle. Ditinjau untuk menjadi ahli kelima kumpulan tersebut, Finn sertai pemain tersebut tak lama kemudian dalam misi yang bahaya untuk mencari kad tersebut. “Yang awak perlukan dalam kehidupan adalah kesopanan, maruah diri dan ketekadan untuk ambil risiko.” Namun, Who’s Who, pesaing pembuat kereta yang beria-ia nak tewaskan Pinochle, dan Klondikes, keluarga Mafia yang terkenal, menghalang mereka. Pertempuran sengit di antara pemain yang obses kad, didorong oleh keadilan, nafsu dan balas dendam bakal bermula! Anda dah sedia? Berperang besar!!

© TMS/HIGH CARD Project

HIGH CARD

12 Episod

Laftel global logo

Muat Turun Aplikasi Laftel

Tonton anime HD dengan sari kata