
Movie · 2022-11-25 · Tamat
Pengembaraan · Aksi · Fantasi
Pada Ketika Aku Dilahirkan Semula Sebagai Slime
4.7 (105)
Butiran
Sinopsis
Dengan momentum, salinan bagi siri ini telah mencecah 30 juta salinan. Siri ini juga dikenali sebagai "Tensura". Mengisahkan seorang pekerja pejabat yang dilahirkan semula sebagai lendir di sebuah dunia lain. Pada musim pertama, siri menggambarkan bagaimana mereka bersama-sama bangkit dalam hidup bersama dan membina sebuah kerajaan. Musim kedua pula, di mana Rimuru telah bangkit sebagai Raja Syaitan dan mengalahkan konspirasi yang cuba untuk menjatuhkannya. Untuk musim luruh tahun 2022, Tensura akan mula keluar di skrin besar. Pengarah asal Fuse akan bertanggungjawab bagi arahkan filem ini. Ia sebuah filem yang telah lama dinantikan. Sebuah kerajaan kecil dikenali sebagai Kerajaan Raja terletak di belah Barat Tempest. Kerajaan Raja dulu kaya dengan lombong emasnya, tapi semua itu berubah setelah lombong emas mereka dah kering. Manakala tasik di tempat mereka dipenuhi toksik yang keluar dari lombong itu. Permaisuri Towa telah menggunakan kuasa magis dari tiara yang telah diturunkan dalam kerabat diraja bagi singkirkan toksik itu dan selamatkan rakyatnya. Sebagai bayaran, racun sumpahan yang ada dalam tiara itu akan merebak ke seluruh badannya. Sementara itu, Ogre yang terselamat bernama Hiiro telah tiba di Tempest. Dia merupakan abang kepada Benimaru dan terhutang budi pada permaisuri sebab telah selamatkan dirinya. Oleh itu, Hiiro cuba yang terbaik melindungi Kerajaan Raja dan Permaisuri Towa dengan cuba pergi ke Tempest bagi mendapatkan bantuan. Ketika dia berada di Tempest, Hiiro telah bertemu dengan Benimaru. Bagi selamatkan Kerajaan Raja dan Permaisuri Towa, Rimuru dan lain pun pergi ke sana dan terkejut dengan konspirasi yang berlaku di negara itu.
Pelakon
Miho Okasaki as Rimuru, Yuma Uchida as Hiiro, Riko Fukumoto as Towa
Kredit
Pengarah
Yasuhito Kikuchi
(c) Taiki Kawakami, Fuse, KODANSHA/“Ten-Sura” Project
1 Episod

Muat Turun Aplikasi Laftel
Tonton anime HD dengan sari kata